Pertandingan 'Doodle 4 Google' Malaysia



Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, Google Malaysia akan menganjurkan pertandingan 'Doodle 4 Google' yang pertama di Malaysia.

Doodle merupakan lukisan, lakaran atau coretan yang tiada motif, abstrak yang menggambarkan apa yang sedang difikirkan oleh seseorang.

Pertandingan yang disertai oleh para pelajar ini melibatkan empat kategori umur iaitu 7-9 tahun, 10-12 tahun, 13-15 tahun dan 16-17 tahun.

Tema untuk pertandingan itu ialah "Malaysia kepada saya ...."

Tema tersebut melibatkan budaya, kepelbagaian, manusia, makanan, tempat dan segala-galanya yang mewakili Malaysia.

Pengguna Google dan hakim akan menyenarai pendek lima Doodle terbaik dalam setiap kategori, manakala rakyat Malaysia boleh menentukan pemenang seterusnya di google.com.my/doodle4google pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Coretan terpilih akan dihantar ke Ibu Pejabat Google di Amerika Syarikat untuk memutuskan pemenang, dengan karya yang menang akan dimuat naik ke laman utama Google Malaysia pada hari Malaysia, 16 September ini. -BERNAMA

Klik untuk menyertai pertandingan Doodle 4 Google Malaysia

1 komen: