MyHome - Skim Perumahan Mampu Milik Swasta

Kerajaan akan memperincikan semula kaedah pemberian subsidi RM30,000 di bawah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata sama ada agihan subsidi itu diserahkan kepada pemaju atau pembeli, semua akan diperincikan pada satu mesyuarat membabitkan beberapa pihak berwajib, 21 November ini. 

MyHome adalah program baru diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 sebagai langkah menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.

Sebelum ini, skim itu menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada pemaju swasta mengikut lima kriteria, antaranya pemaju perlu membina sekurang-kurangnya 20 peratus rumah kos rendah dan 20 peratus rumah kos sederhana dalam satu projek perumahan. Harga jualan maksimum rumah kos rendah ialah RM45,000 dan rumah kos sederhana ialah RM170,000.

Sumber: http://www.bharian.com.my/

Klik untuk Permohonan online skim MYHOME Perumahan Mampu Milik Swasta
Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah,Sarawak, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya,

1 komen:

  1. TERTARIK DENGAN PELAWAAN TUAN UNTUK AMBO MENGUNJUNGI LAMAN TUAN DAN AMBO TELAH MELAKSANAKAN. UNTUK PENGETAHUAN TUAN, BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON ATAU MENDAFTAR DENGAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE). AMBO MENGHARAP TUAN DAPAT MEMBANTU DAN MEMPERTIMBANG PERMINTAAN INI. SEKIAN, TERIMA KASIH.

    ReplyDelete