Punca Rambut Gugur




Rambut gugur memang normal. Namun jika rambut anda gugur lebih daripada 50 hingga 100 helai sehari, itu petanda anda mengalami masalah rambut gugur. Mengapakah rambut gugur kebanyakannya terjadi dalam kalangan wanita? Ia terjadi mungkin disebabkan hormon di dalam badan yang tidak seimbang, penggunaan produk yang salah dan kurang vitamin pada akar rambut. 

Hormon

Hormon seks wanita mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat. Wanita turut menghasilkan hormon androgen dalam kuantiti yang sedikit namun ia akan bertindak aktif jika seseorang itu berada dalam keadaan tertekan. Ini menyebabkan rambut anda mudah gugur. Jadi, untuk melebatkan rambut, anda tidak boleh terlalu tertekan dan sentiasa bertenang dalam apa jua keadaan. 

Produk

Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakan rambut atau selalu menukar gaya rambut lurus atau kerinting. Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih syampu yang boleh melindungi rambut daripada kerosakan, jangan terlalu kerap mencuci rambut dan jarakkan penukaran warna dan stail rambut. 

Kurang vitamin

Untuk mengelakkan rambut anda daripada gugur, pengamalan makanan berkhasiat seperti bijirin, buaha-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi seperti ikan sangat membantu anda mendapatkan rambut yang lebat. Jika anda kurang gemar memakan makanan seperti ini, ambillah supplemen khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.

Sumber: http://my.entertainment.yahoo.com/

0 komen:

Post a Comment