Semak Online Bacaan Terkini IPU Jerebu - Indeks Pencemaran Udara



» Bacaan Terkumpul Indeks Pencemaran Udara » Maklumat Umum Indeks Pencemaran Udara
Julat Masa / Time Range : [12:00AM - 05:00AM] | [06:00AM - 11:00AM] | [12:00PM - 05:00PM] | [06:00PM - 11:00PM]  
Status Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar turun mendadak namun masih di paras tidak sihat dengan bacaan 148 setakat 7 pagi ini berbanding bacaan 690 yang direkodkan setakat pukul 5 petang semalam.

Jabatan Alam Sekitar menerusi laman sesawangnya melaporkan satu lagi kawasan di Johor iaitu di Larkin Lama turut mencatat IPU tidak sihat iaitu dengan bacaan 111.

Sementara di Pasir Gudang dan Kota Tinggi masing-masing mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana iaitu 83 dan 78.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Muar dan Ledang berstatus darurat berkuatkuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750.

Sejurus pengumuman itu, semua 211 buah sekolah di sini yang membabitkan 76,940 pelajar dan 6,846 ditutup hari ini sehingga diberitahu.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/

TERKINI: Semakan bacaan status Indeks Pencemaran Udara terkini (IPU)

0 komen:

Post a Comment