Pablo Aimar Bermain Untuk Johor Darul Takzim (JDT) Tahun 2014?


Bekas pemain kebangsaan Argentina, Pablo Aimar hampir pasti menyertai Johor Darul Takzim (DT) pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. 

Spekulasi itu semakin kuat selepas pemain tengah SL Benfica di Liga Primera, Portugal dilihat muncul di sebuah hotel terkemuka di sini yang turut disambut penyokong Harimau Selatan ketika majlis pelancaran majalah Harimau Selatan di Persada, Sabtu lalu.

Malah, ketika majlis pelancaran itu Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan akan ada kejutan yang bakal diumumkan tidak lama lagi. 

Aimar bakal menamatkan kontrak bersama Benfica tahun depan selepas lima musim. 


Perbincangan awal membawa masuk pemain itu tampak positif selepas dia dikatakan agak berminat namun terpaksa menunggu kontraknya tamat awal 2014. 

Aimar pernah membantu Argentina muncul juara Piala Dunia Remaja selepas menewaskan England 2-1 yang ketika itu turut dibarisi Michael Owen. 


Sumber: http://www.bharian.com.my/

0 komen:

Post a Comment