Harga terkini Perodua Myvi



Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengakui tiga modelnya telah mengalami penurunan harga sebanyak RM2,000 seperti mana yang dilaporkan Utusan Malaysia pada 10 Jun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penurunan harga itu dilakukan melalui pelancaran model S-Series pada Mac lalu.

Model S-Series yang diperkenalkan itu turut membabitkan beberapa tambahan spesifikasi baharu serta pakej penyelengaraan percuma selama tiga tahun (termasuk selain varian S-Series) yang dikatakan bernilai hampir RM4,500 hingga RM5,600.


Kesemua varian S-Series bagi ketiga-tiga model itu ialah sekitar RM2,000 lebih murah berbanding varian spesifikasi tinggi, tetapi masih menawarkan ciri-ciri lebih baik berbanding varian asas sedia ada.


Viva mengalami penurunan 5.4 peratus kepada RM35,174, Myvi empat peratus kepada RM48,424 dan Alza 3.4 peratus kepada RM57,017.


Utusan Malaysia sebelum ini yang memetik Mohamad Madani melaporkan beberapa model turut menyaksikan penurunan harga antara 0.7 dan 11 peratus yang melibatkan kereta-kereta keluaran Proton, Honda, Peugeot dan Volkswagen.


Sabtu lepas, Proton juga telah melancarkan model mampu milik Saga SV yang berharga antara RM33,438 dan RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu.

Sumber: http://www.utusan.com.my



Harga Terkini Perodua Myvi SX -1300cc Manual



Harga Terkini Perodua Myvi EZ -1300cc Automatic



Notes : 
1. Prices are with accessories.
2. Optional insurance coverage
a) Windscreen insurance - coverage RM1050.00 - premium RM157.50
3.Kelab Automotif Perodua Malaysia (KAPMA) - First year membership and joining fees is RM 60.00
4.Prices are subject to change without prior notification.
5.The effective date will prevail at the time of delivery and not when placing or signing booking.
6.The 6% service tax on insurance premium is imposed on all vehicles registered under company‘s name
for private use : registration fee RM500.00.

For more information, please visit Harga Terkini Perodua Myvi

2 komen:

  1. Betul tu..dah turun..
    www.keretaperodua.com

    ReplyDelete