Harga Proton Saga SV lebih murah



Saga SV dijual pada harga serendah RM33,438 untuk jenis manual dan RM36,438 untuk automatik, penurunan sebanyak hampir RM5,000 hasil perancangan penstrukturan vendor dan menyokong usaha kerajaan dalam menawarkan kereta mampu milik kepada rakyat.

Kereta berkenaan dilengkapi kerangka lebih kukuh dengan pengiktirafan tiga bintang daripada ASEAN NCAP, stereng elektrik, empat tingkap elektrik, dua beg udara, cermin sisi dengan lampu LED, tali pinggang keledar dengan sistem pratekanan, ciri-ciri keselamatan kanak-kanak dan kunci immobiliser.

Pengguna boleh memiliki kereta rakyat itu dengan ansuran bulanan serendah RM250 dengan sasaran penghantaran sebelum musim perayaan jika membuat tempahan awal bermula hari ini.

Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, pelancaran kereta mampu milik itu merupakan langkah berterusan syarikat kereta nasional tersebut menawarkan kereta berbaloi tanpa berkompromi dalam aspek kualiti.


"Kami tidak mengurangkan spesifikasi Saga untuk mengurangkan harganya, tetapi kami menggunakan pendekatan sendiri untuk merealisasikan penawaran harga rendah bagi memenuhi hasrat kerajaan.

"Proton menyasarkan menjual sebanyak 2,000 buah Saga SV sebulan dalam usaha mencapai sasaran menjual kira-kira 80,000 buah model Saga tahun ini sekali gus mencapai penguasaan pasaran sebanyak 30 peratus untuk segmen B," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran kereta berkenaan di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim.

Saga SV didatangkan dalam enam warna pilihan iaitu putih, perang, hitam, perak, merah dan biru dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 kilometer perbatuan manakala servis pertama bagi model tersebut kurang daripada RM100.

Mengulas cadangan menyelaraskan harga kereta untuk pasaran Sabah dan Sarawak, beliau berkata, perkara itu sedang dikaji namun seperti yang diketahui umum kos logistik merupakan faktor utama perbezaan harga tersebut.

"Tetapi kami akan mengusahakannya sama ada menyerap kos berkenaan atau menerusi cara lain," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Khamil berkata, pengurangan harga tersebut tidak akan menjejaskan prestasi kewangan Proton malah akan menambah perolehan syarikat berkenaan melalui pertambahan jualan serta keuntungan.

Sementara itu, ditanya sama ada penurunan harga itu hasil usaha Proton sendiri atau kerajaan, Lukman berkata, perkara tersebut adalah usaha bersama antara kedua-dua pihak.

"Proton menyokong hasrat kerajaan menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dan Saga SV adalah hasil yang berjaya dilaksana Proton," katanya.

Beliau menambah, pendekatan dan strategi yang digunakan sehingga mampu mengurangkan harga Saga itu akan diguna pakai kepada model lain selepas ini.


11 komen:

  1. Betul ker RM250 sebulan?
    Loan untuk berapa tahun?
    Down payment berapa?

    ReplyDelete
  2. bagaimanakah caranya untuk menempah proton saga SV?

    ReplyDelete
  3. apakah syarat-syarat permohonannya?

    ReplyDelete
  4. saya berminat nak keta ne.. saya nak tempah ngn sape ya..

    ReplyDelete
  5. Saya bermina dgn kereta ini.macam mana kita ingin membuat tempahan.promosi ini bila akan tamat.bila kereta akan dikeluarkan selepas membuat tempahan.berapa deposit yang diperlukan disarawak.

    ReplyDelete
  6. MCM MANA NAK DPT KN NYA ???

    ReplyDelete
  7. BETOL KE IDAK NI ?? :(

    ReplyDelete
  8. saya berminat,bagaimana caranya untuk saya membeli kereta proton saga sv (1.3)

    ReplyDelete
  9. Bayar muka berapa? Betul ke rm250 sebulan.sesetengah ckp ,mula-2 kne byr murah.nnti dlm 3bulan lebih kne byr rm400 lebih pulak..hem.

    ReplyDelete
  10. Rm25o sebulan?sesetengah pihak ada yg kata dlm 3 bulan lebih dah naik smpai rm400 lebihh.hem

    ReplyDelete
  11. Anonymous5:10 PM

    Downpayment n document?

    ReplyDelete