Bonus Kakitangan Awam 2013 Di Umum Pada Bajet 2014 - KSN


Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan isu pemberian bonus kepada penjawat awam sempena pembentangan Bajet 2014 nanti.

Beliau berkata, cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu perlu diserahkan sepenuhnya kepada Najib yang juga Menteri Kewangan.

Semalam, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam. Dalam saranan itu, CUEPACS mencadangkan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.

Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji yang pembayarannya dibuat sebanyak tiga kali iaitu sebelum perayaan Aidilfitri, Disember lalu dan pada Januari tahun ini.

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Terkini: Bonus Raya RM500 Kepada Kakitangan Awam 2013 di bayar pada 31 Julai 2013 

10 komen:

  1. Aku suka dapat wang banyak-banyak. SEMUA orang pun begitu. Tapi CUEPACS kena bertimbang rasa kepada kerajaan jugak. Jangan CUEPACS sinonim menjadi pendesak kapada bonus dan naik gaji saja.

    Sesekali carilah jalan macam mana nak tingkatkan kesedaran kakitangan Awam jujur, rajin kerja kasihkan negara dan pemerintah yang berbudi kepada mereka. Jangan silap belum tentu semua yang merintah boleh dan akan berbuat begitu.

    Sesekali biarlah CUEPACS dilihat lebih dari sekadar pendedsak kerjaan untuk gaji dan bonus tetapi CUEPACS juga sepatutnya sinonim dengan Cuba Untuk Empunya Pegawai Amat Cekap Sahaja.



    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Entah nyer. CUEPACS tak pernah desak kerajaan untuk meningkatkan tahap kecekapan kakitangan awam dengan cara perkenal mekanisme baru ke, peraturan baru ke. Asik2 naik gaji, bagi bonus. Cuba la bagi idea untuk memantapkan kakitangan awam, bukan asyik minta duit jer..

    ReplyDelete
  3. Bukan ape, CUEPACS tak nak kebajikan pekerja awam terabai..kalau x de bonus ke atau kenaikan gaji ke, pekerja awam x dpt fokus dgn kerja..lagipun dunia sekarang, semua perlukan duit..dah le minyak naik dan ape-ape mcm pun dh naik sekrg..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. itu lah keja cuepacs.....bela nasib penjawat awam....tentang kecekapan pekeja awam..itu keja KSN..cari jalan mcm mn nk upgrade kecekapan pekeja awam...lebih2 lg pegawai2..atas...yg boleh melemahkan pekeja awam.pringkat bawahan...

    ReplyDelete
  6. Tugasnya mintak, kalau kerajaan tak nak bagipun bukan hak Cuepacs nak paksa.. mintak aje.. blh tak blh tu bukan soalnya. bukan nak susahkan kerajaan..

    ReplyDelete
  7. CUEPACS tu mmg khusus kpd kebajikan la.. nk bg kakitangan cekap tpulang kpd jabatan masing2.. biar CUEPACS fikir pasal kebajikan je..

    ReplyDelete
  8. wahai saudara Musa Yakub, untuk pengetahuan mu, kamu perlu melihat dahulu pelbagai sudut tentang kakitangan awam secara literal bukan asyik sakit hati dan berfikiran songsang terhadap pendapat dan pandangan CUEPACS. Sebenarnya CUEPAC telah pun melihat pelbagai sudut terhadap keperluan dan gaji sepatutnya diberikan terhadap kakitangan awam seiring dengan keadaan dan kemajuan ekonomi negara. Sebagai contoh
    elaun perumahan RM180.00 sahaja untuk kakitangan awam dan jumlah ini sudah puluhan tahun tidak ada perubahan, tetapi elaun perumahan ini sudah tidak releven pada masa ini kerana bayar sewa kandang ayam pun tidak lepas apa lagi kalau sewa rumah. oleh itu ini satu perkara yang sempat saya bincang, jadi fikirlah tu bosss...jadi jelas di sini CUEPACS minta bukan nak minta-minta gitu saja bossss...

    ReplyDelete
  9. Wahai sedara musa yakub yakub. Nampak sgtlah ko tu gaji besar xpenah susah.ape yg ko tahu pasal peritnya kerja kerajaan? Ceupacs minta 1.5 bonus minimum je.brim pun lg byk dr 1/2 bln gaji pekerja sokongan yg byk kerja,gaji sikit,bos ambil kesempatan,proses kerja terlalu byk,prosedur kerja yg rumit,kerja yg xselaras bg semua jenis kumpulan sokongan.perbezaan kasta yg tinggi antara bos dengan staf,birokrasi,tiada ot sbb jimat kos,keperluan pejabat kena potong sbb jimat kos.susah nk claim elaun,sistem penilaian prestasi tahunan yg tidak selaras,xboleh komplem kpd bos sbb nnt akan effect prestasi tahunan.ape yg ko tahu musa yakub yakub

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete