Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia


Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia ditubuhkan untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan masyarakat yang menjadi kekuatan untuk kita pada masa hadapan. Pelbagai jenis fabrik ditawarkan merangkumi pakaian tradisional seperti kain Baju Melayu, Kain Broket (Cheongsam), kain cotton (Kurta India) untuk kegunaan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.


Kedai Kain Rakyat diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak diatas keperihatinan beliau mengenai peningkatan kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah.Tujuan penubuhannya adalah untuk membantu masyarakat yang berpendapatan RM 3,000.00 ke bawah untuk mendapatkan pilihan kain atau fabrik yang terkini dan berkualiti di pasaran tempatan dengan harga lebih murah dengan potongan harga 50% – 70% berbanding harga pasaran di tempat – tempat lain.

Hulu Langat dipilih sebagai premis pertama Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia dari segi faktor lokasi yang strategik tidak jauh dari bandar. Penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor boleh datang ke  Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia kerana terdapatnya laluan akses yang mudah sekaligus menjadikan KKR1M menjadi alternatif untuk membeli belah.

Menawarkan kain yang berkualiti serta potongan harga yang rendah sehingga 70% berbanding dengan Nilai 3 – Negeri Sembilan, Tangkak – Johor, dan kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman – Kuala Lumpur. Memberi pilihan fabrik untuk kegunaan harian seperti kain ela, kain langsir dan kelengkapan sekolah, pakaian siap seperti baju kurung, kemeja batik, baju melayu, kain broket (cheongsam) dan cotton (Kurta untuk masyarakat India)

KKR1M menjamin harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah dari gedung-gedung tekstil yang lain dengan perbezaan diantara 50%-70% dari harga pasaran. Barangan yang terdapat di setiap cawangan KKR1M adalah sama.

Dengan wujudnya rangkaian KKR1M di seluruh negara diharapkan ianya dapat membantu Kerajaan Malaysia dalam menjayakan Program Transfomasi Kerajaan (GTP). Inilah hasrat murni syarikat Peluang Karisma Sdn Bhd.

2 komen:

  1. harga yang ditawarkan amat menarik..

    ReplyDelete
  2. Rakyat prices are nice and kain is also good. I always search there to find new fabrics.

    ReplyDelete