Dana Belia 1Malaysia




Apakah itu Dana Belia 1Malaysia?

Dana Belia 1Malaysia adalah platform untuk golongan belia menyalurkan bakat dan tenaga mereka ke arah pembangunan belia di negara ini. Dana Belia menawarkan peluang kepada para belia untuk merealisasikan impian mereka, membina aspirasi yang selama ini menjadi kebanggaan: sebuah negara yang menyatukan rakyat tanpa mengira darjat dan kaum, serta maju sebagai rakyat yang bersatu padu.

Dana Belia 1Malaysia merupakan sebuah dana berjumlah RM20 juta yang diperuntukkan oleh 1MDB bertujuan menyediakan platform untuk menggalakkan pembangunan dan perpaduan di kalangan belia di Malaysia.


Apakah kategori-kategori yang diambilkira dalam kriteria pemilihan permohonan?

Kertas cadangan/proposal daripada pelbagai kategori adalah diterima selagi ianya menepati elemen-elemen belia dan perpaduan. Sebagai contoh:

  • Komuniti – Projek kampung angkat, projek bantuan golongan miskin dan pembaik-pulihan kawasan kejiranan.
  • Alam Sekitar – Pembersihan/pemuliharaan tebing sungai, terumbu karang dan kempen hijau.
  • Budaya, Seni dan Sukan – Pertandingan sukan seperti bola keranjang, marathon dan go-kart, pembikinan filem pendek, drama muzikal dan persembahan teater.
  • Latihan Kemahiran – Penganjuran bengkel perniagaan, latihan kemahiran, bengkel kewangan peribadi.

Siapa yang layak memohon?
Permohonan terbuka kepada:
  • Individu (berusia 15-40 tahun)
  • Organisasi belia.
  • NGO berdaftar yang menggalakkan pembangunan belia.

Bagaimana saya boleh memohon?

Permohonan untuk Dana Belia 1Malaysia boleh dibuat dengan cara mengisi borang permohonan on-line di laman web 1MDB atau dengan menghantar permohonan secara pos. 

Untuk permohonan secara on-line, anda perlu mendaftarkan nama pengguna (username) dan kata laluan. Permohonan boleh dibuat dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Malaysia.



4 komen:

  1. bukan semua pun yang dapat... mesti ada yang tercicir...

    ReplyDelete
  2. rezki jgn ditolak..ambik jer...

    ReplyDelete