Semakan E-Penyata Gaji Online (e-Gaji), Pendaftaran dan semakan online BR1M, PR1MA, MYHOME, MYLESEN, PLKN, RMR1M, KDR1M, SPM, STPM, UPU ONLINE.

Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M)


Lebih 10 juta rakyat akan menerima Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) yang akan menawarkan diskaun dari 10 hingga 50 peratus di kedai-kedai dan perkhidmatan terpilih di seluruh negara.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, sehingga kini lebih 4,500 peniaga bersetuju menawarkan diskaun itu untuk kegunaan semua lapisan masyarakat dan menjangka angka itu terus meningkat.

"Pada masa ini telah diwujudkan kad diskaun untuk polis, tentera dan siswa. Selepas ini kita akan keluarkan KDR1M, di mana lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun apabila membeli barang keperluan mereka," katanya ketika merasmikan ibu pejabat baru Informasi Malaysia di No 30B, Jalan Diplomatik 3/1 Presint 15, hari ini.

"Melalui transformasi nasional, kejayaan demi kejayaan telah dinikmati oleh semua golongan rakyat di negara ini. Ia jelas menunjukkan bahawa hanya kerajaan BN boleh mentadbir negara ini secara sistematik dan teratur," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Informasi Malaysia, Datuk Abd. Rahman Manan berkata, KDR1M akan dilancarkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat selepas memperincikan pelaksanaan dan kriteria pemberian kad itu.

"Kami sudah mereka kad diskaun itu dan akan kemukakan kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan persetujuan," katanya. - BERNAMA



Di antara bentuk keperluan adalah seperti berikut:
(a) Perkhidmatan Perubatan Klinik (b) Restoran Makanan & Minuman (c)  Hotel Penginapan (d) Arena Sukan & Kecergasan  (e) Pemborong & Runcit (f) Taman Tema Tertutup & Luar  (g) Pembinaan & Hiasan Dalaman (h) Resort Peranginan (i) Pakaian & Accesori Kenderaan (j) Perlindungan Insuran Am dan lain-lain seperti yang tetera dalam laman web ini
Kami juga menyediakan khidmat Touch n Go bagi kegunaan pemegang Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M), khidmat Touch n Go kami meliputi bersama kemudahan kad debit yang boleh digunakan in stesen LRT, Rapid KL, Stesen Minyak, Panggung Wayang and lain-lain seperti yang diketagorikan. 
Prosedur Penggunaan 
INFORMASI MALAYSIA telah membekalkan pelekat khas untuk paparan umum sebagai tanda pelantikan serta tawaran menerima KDR1M di premis berkenaan. Tawaran diskaun tertakluk kepada terma and syarat1 konsessi syarikat tersebut. Pemegang kad hanya perlu menunjukkan kad diskaun KDR1M sebagai bukti pengesahan. Sekiranya pemegang kad diskaun KDR1M mendapat keraguan terhadap syarat diskaun, sila hubungi hotline kami di 03-88811145 untuk penjelasan muktamad.

Share :

Facebook Twitter Google+
20 Komentar untuk "Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M)"
Anonymous
delete

link utk ke website informasi malaysia tu tak complete. sila kemas kini.

Anonymous
delete

macamana nak mohon KDR1M ni?

maaf... 10 juta orang akan menerima KDR1M tapi cam mana nak memohon..

Bunyinya macam menarik :)

macam mana nak mohonnnnnnnn ????

macam mana hendak mohonnnnn KDR1M ini ah.................///////

@Anonymous

www.informasimalaysia.com.my

boleh di mohon di KL Sentral 29 th Mac - 4 th April...

bilq pegi kl sentral diorang sruih isi form..dia kte bole print form dr website dia..tp x nmpk pape form pn kt ctu..

pg kl central.. bg ic.. bg duet.. settle

kalau kat sibu,sarawak di mana mahu mohon kad discount rakyat 1malaysia ini ah....

Tadi aku col....dia oang ckp....Nanti I col balik....sampai Karang apa dah Jadi brather......nice government..........really we all lucky to get like this.........gvrmnt staff say i col u bc......hahaha

This comment has been removed by the author. - Hapus

kad KDR1M boleh didapati di STESEN PLAZA RAKYAT, PUDU RAYA. atau boleh layari laman web www.informasimalaysia.com.my.
i dah ada kad ni.mmg bagus, 2 in 1, because ada touch n go & boleh dpt diskaun mana2 kedai..for example, burger king, a&w & Theme park Times Square..i like:)

Pendaftaran kat KDR1M kini ada di kl sentral hingga ahad (5-7 Julai 2013). Pendaftaran adalah percuma.. saya dah register tadi dan dapat terus kad nie tadi :)

ler yer ke ada kat kl sentral ..ari2 lalu dpn tu tak perasan pulak untuk KDR1M ni ..ingatkan daftar untuk kad diskaun KTM tu

mana nak dapat kad ni???ad lagi ke??

pi kl sentral skrg...aku baru lps buat card nye arinie 29-07-2013

Anonymous
delete

Boleh saya register lagi? Saya pun nak card nie

dah 2014 ni..boleh register lagi ker???

Back To Top