Bagaimana hendak membuat blog di Blogger | How to Create a Blog on Blogger




Bagaimana hendak membuat akaun Blogger?

Pada halaman utama Blogger, klik "Buat Blog Anda Sekarang", dan buat Akaun Google. Anda diingatkan bahawa anda berkemungkinan sudah mempunyai Akaun Google, jika sebelum ini anda pernah menggunakan produk Google seperti orkut, Google Kumpulan, Gmail dan lain - sekiranya benar, terus sahaja melog masuk. Kemudian, pilih nama paparan anda dan terima Syarat Perkhidmatan Blogger. Apabila perkara itu semua sudah ditetapkan, anda kini bersedia untuk mula memblog!

Bagaimana hendak membuat blog Blogger?

Apabila anda sudah membuat akaun Blogger, log masuk ke www.blogger.com dan klik "Buat Blog". Pada Langkah 2, masukkan tajuk dan alamat (URL) untuk blog anda. Taipkan huruf dalam kotak pengesahan perkataan untuk membuktikan anda ialah orang sebenar dan klik "Teruskan". Pada Langkah 3, anda boleh memilih templat untuk blog anda; berikut adalah penampilannya kepada pembaca anda. Blogger kemudiannya membuat blog baru anda yang akan muncul di alamat yang anda pilih dalam Langkah 2.

Bagaimana hendak menyiarkan ke blog saya?

Pada Papan Pemuka anda, klik "Catatan Baru" bersebelahan dengan blog yang anda mahu siarkan. Mulakan dengan memberikan tajuk kepada catatan anda (pilihan) dan kemudian masukkan catatan itu sendiri. Apabila anda sudah selesai, klik pautan "Pratonton" untuk pratonton bentuk penampilannya apabila ia diterbitkan. Setelah anda berpuas hati dengan catatan anda, klik "Terbitkan".

Bagaimana hendak menyiarkan gambar?

Anda boleh memuat naik foto menggunakan ikon imej dalam bar alat editor catatan. Apabila anda mengklik ikon ini, anda akan melihat tetingkap yang membenarkan anda memilih imej atau berbilang imej dari komputer anda. Cuma klik "Semak Imbas" untuk mencari imej yang anda mahukan. Ataupun anda boleh memasukkan URL imej yang sudah pun berada dalam talian untuk menyisipkannya ke dalam catatan anda. Jika anda mengklik pada pautan untuk memilih reka letak, anda boleh memperibadikan cara imej anda muncul dalam catatan anda. Pilihan kiri, tengah dan kanan akan menentukan aliran teks catatan anda di sekeliling gambar itu. Pilihan saiz ini membolehkan anda menukar skala gambar kepada saiz yang berbeza di dalam kawasan catatan ini.

Bagaimana hendak menambahkan foto saya pada profil saya?

Mula-mula, klik pautan "Edit Profil" pada papan pemuka anda. Tatal ke bahagian "Fotograf" di bawah, di mana anda boleh memilih fail dari komputer anda ataupun memasukkan URL imej jika foto yang anda mahukan boleh ditemui dalam talian. Sila ambil perhatian bahawa imej hendaklah bersaiz 50k atau lebih kecil.

Di manakah tajuk blog saya akan muncul?

Tajuk blog anda, seperti yang ditetapkan dalam tab Tetapan | Asas di Blogger, boleh muncul di berbilang tempat: pada blog yang anda terbitkan, pada Papan Pemuka anda dan dalam profil anda. Oleh itu pastikan ia kreatif!

Apakah itu URL?

URL ialah alamat fail di Web, seperti www.example.com, atau foo.example.com. Semasa proses penghasilan blog, anda harus memilih URL untuk blog anda. Pelawat boleh mengakses blog anda dengan menaipkan URL ini dalam bar alamat penyemak imbas mereka. Memandangkan sudah terdapat sejumlah besar blog Blogspot, anda terpaksa menjadi lebih kreatif dan mungkin mencuba beberapa URL yang berbeza sebelum menemui URL yang boleh digunakan. Format untuk URL anda ialah nameyouchoose.blogspot.com. Semasa memilih URL blog anda, ingat bahawa anda hanya boleh menggunakan huruf, nombor dan tanda sempang sahaja. Aksara khas seperti $, #, &, dsb. tidak dibenarkan.

Anda juga boleh mengehoskan blog anda di domain khas.

6 komen:

  1. camane nak wat "entri berkaitan" emm mksud sy tajuk2 kecil.setiap tajuk blh diklik. sy terpaksa menaip pelbagai tajuk dengan satu mukasurat . ini membuatkan orang bosan nak baca sebab pjg sgt

    ReplyDelete
  2. cam ne nak letak lagu dlm blog..org buka blog terus ada lagu..

    ReplyDelete
  3. Anjing... Orang maling sial rupanya....

    ReplyDelete
  4. macamana ye nak sorok catatan di blog bila klik gambar akan keluar info

    ReplyDelete
  5. saya tak pandai buat alamat nya..bolh tunjuk kan.... :)

    ReplyDelete