10 Langkah Mengatasi Jenayah Siber



1. Jenayah siber berpunca dari internet. Benteng pertama untuk melindungi komputer adalah Firewall. Windows sudah menyediakan Firewall pada semua sistem operasinya. Aktifkan Windows Firewall dengan klik pada Control Panel  > Windows Firewall.

 2. Setelah Firewall diaktifkan, sesebuah komputer perlu ada Antivirus. Tidak kira berbayar atau percuma, ia penting untuk perlindungan setiap masa komputer. Contoh antivirus seperti Avira, Kaspersky, AVG dan Sophos.

 3. Hidupkan Spam Blocker. Kebanyakkan penyedia internet menyediakan fungsi spam blocker untuk mencegah mesej-mesej yang tidak diperlukan seperti spam dan phishing email masuk ke inbox.

 4. Kaedah penyulitan (encryption) di mana setiap data penting perlu melalui proses penyulitan menggunakan perisian tertentu di internet.

 5. Berhati-hati dengan laman web yang meminta maklumat peribadi. Ini adalah kes biasa berlaku dan amat banyak berlaku dalam jenayah siber Malaysia. Laman web yang dilayari perlu diyakini 200% sebelum memberikan sebarang maklumat peribadi.

 6. Jika membuat pembelian secara dalam talian (online), proses pembayaran perlu selamat. Contohnya transaksi antara bank perlu dalam format https:// atau TRUSTe atau VeriSign. Jika ragu-ragu dengan proses transaksi, tinggalkan sahaja.

 7. Terpedaya dengan janji manis. Cepat sangat cair jika diberi hadiah dan umpan wang. Khas untuk wanita, banyak kes berlaku di Malaysia membabitkan warga asing yang menipu golongan wanita. Mereka meminta wang dan ditaburi dengan sejuta janji manis. Penyelesaiannya, jangan syok sendiri.

 8. Tinggalkan sahaja email spam dalam akaun email. Spam yang telah dianalisa oleh penyedia email seperti Gmail dan Yahoo Mail adalah 99.99% tepat. Cubaan membaca dan percaya pada email spam adalah satu tindakan kurang bijak. 

9. Tinggalkan sesuatu tawaran yang terlalu bagus untuk dipercayai.

 10. Jangan pasang Toolbar atau perisian yang kita muat turun dari internet tanpa mengetahui tujuan perisian tersebut. Bimbang ianya adware yang cuba mencuri data peribadi secara senyap. Ini adalah kategori jenayah siber yang amat pintar untuk menipu kita.

Sumber: http://blog.anjungpc.com

4 komen:

  1. Terima kasih for the tips NA :)

    ReplyDelete
  2. salam..
    saya tertarik dengan ayat "perlu diyakini 200% sebelum memberikan sebarang maklumat peribadi"
    setuju sangat..kita kena yakin melebihi kebiasaannya..orang baik sangat pun kadang ada niat jahat di sebaliknya :)

    ReplyDelete
  3. @zulkboW,salam

    Betul tu. Dalam dunia siber ni, macam-macam jenis manusia yang ada. Sebab tu kita kena selalu berhati-hati :)

    ReplyDelete
  4. mohon share tuan...!!

    ReplyDelete