Sumopaint.com adalah sebuah komuniti seni online yang membantu pengguna mencipta, berkongsi, menjelajah dan berkreatif menerusi aplikasi foto seakan
Photoshop. Apa yang anda perlukan cuma
Flash player untuk menggunakan aplikasi online ini.
Apabila anda mendaftar dengan
Sumo Paint, ianya memberi kelebihan untuk anda menyimpan dan menyambung semula suntingan foto atau lukisan foto yang sedang anda lakukan. Ia juga membolehkan anda menggunakan lebih banyak ciri, tools dan servis. Sekiranya anda tidak mahu mendaftar sekalipun, ia tidak menjadi masalah kerana tools yang disediakan sudah cukup untuk anda berkreatif dengan foto digital anda.
Apabila anda klik pada butang
Open Sumo Paint, window baru akan terpapar, di mana anda boleh memulakan kerja-kerja kreatif tanpa had. Antara tool yang disediakan seperti
Filter efek 3D,
Blur,
Distort,
efek cahaya,
Stylize dan banyak lagi. Hanya klik dan ia dilakukan secara automatik. Seperti mana Photoshop, Sumo Paint turut menyediakan
Swatches,
fungsi Layers dan tentunya peralatan suntingan penting lain. Gambar yang dihasilkan juga boleh dimuat turun terus ke hard drive anda.
Selain itu, anda boleh melihat dan memuat turun imej yang dihasilkan pengguna lain di Sumo Paint atau mungkin anda sendiri ingin berkongsi imej yang anda hasilkan di Sumo Paint dan menerima komen terhadapnya. Ia turut dikelaskan mengikut kategori terbaharu, kegemaran dan undian terbanyak.
Sumo Community juga turut membolehkan anda bersosial dengan pengguna lain.
Sumber: Majalah PC