10 November 2009

Keroncongkan hidup anda..


Pengenalan

Apa sinonimnya muzik keroncong dengan diri gua. Langsung tak sinonim. Apa halnya pulak seorang kutu Rock tiba-tiba boleh layan muzik keroncong. Apa kejadahnya ini semua. Kenapa tiba-tiba boleh tergerak pulak gua nak post entri khas tribute pasal muzik keroncong ni.

Memang tak dinafikan, yang gua dah jatuh cinta dengan muzik keroncong. Mungkin sebab gua dah ketagih layan Best104 malam-malam. Ni, kalau Sultan Johor tau, mesti beliau bangga dengan gua. Agaknya, inilah penangan muzik keroncong yang dahulunya haram gua tak layan langsung dan gua selalu perli bapak gua bila dia layan lagu keroncong. Kekampungan gua cakap. Tak urban langsung. Zaman dah berubah. Hidup mesti Rock bro.

Pada gua, irama dan lagu keroncong sememangnya begitu syahdu dan mengasyikkan. Sesuai dilayan ketika nak tidur. Cukup-cukuplah dengan muzik rock yang bingit lagi membingitkan. Apa ada pada Rock ?

Apa itu seni muzik keroncong.

Seni muzik keroncong mula diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak, silat dan sebagainya.

Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia Kedua, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad. Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.

Sumber: pkukmweb.ukm.my

Lagu Untukmu.




Bengawan solo.





Di bawah sinar bulan purnama.


p/s; Layan bukan, lagu keroncong di atas? Haha.

8comments:

Post a Comment

 

bina blog | buat blog | tutorial blogspot | panduan blogspot | blog info | Copyright © 2009 Community is Designed by Bie