Hartanah,rumah untuk dijual,rumah sewa dan bilik kosong - Iklan disini

Mencari rakan serumah? Ada rumah atau bilik untuk disewa? Nak jual rumah, tanah atau lot? Boleh iklankan di sini.

Tuliskan malumat berkenaan rumah atau bilik untuk disewa? Nak jual rumah, tanah atau lot? anda pada ruangan komen. Tuliskan alamat yang berkaitan dengan selengkapnya. Terima kasih.

*Segalanya adalah di bawah tanggungjawab penjual dan pembeli itu sendiri.

Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah,Sarawak, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya,

Skim PR1MA Rumah Ibu bakal dilancarkan tahun 2015

Perbadanan PRIMA Malaysia (PR1MA) akan memperkenalkan skim perumahan 'PR1MA  Rumah Ibu' bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana terutama daripada kalangan generasi muda untuk memiliki kediaman sendiri.

Skim terbaharu itu berkonsepkan rumah 'studio' yang memiliki satu bilik tetapi mempunyai kemudahan asas lengkap dan berkeluasan kira-kira 650 kaki persegi, dijangka dilancarkan tahun depan.

skim perumahan 'PR1MA  Rumah Ibu'  hanya membabitkan pembinaan rumah atas tanah dan mempunyai keluasan mencukupi jika penghuninya perlu membuat pengubahsuaian atau penambahan bilik pada masa depan.

Rumah itu ditawarkan pada harga rumah satu bilik dan ia membantu golongan berpendapatan rendah serta generasi muda yang ingin memiliki kediaman sendiri mengikut kemampuan mereka.

Pada peringkat permulaan, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA)  merancang untuk membangunkan 'PR1MA  Rumah Ibu' di Kedah dan Perak sebelum diperluaskan ke semua projek PR1MA seluruh negara.

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/5627

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Seremban Sentral

Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Seremban Sentral di sini akan mengandungi 3,196 unit yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2017.

Pembangunan PR1MA di kawasan berkenaan akan dibahagikan kepada dua fasa dengan fasa pertama terdiri daripada 1,504 unit dan dijangka siap dalam tempoh 30 bulan manakala selebihnya akan siap dalam tempoh 36 bulan.

Projek yang terletak di belakang stesen kereta api Seremban ini, mempunyai keluasan kira-kira 23.08 hektar dan kawasan ini kelak akan dilengkapi dengan kemudahan seperti LRT, perkhidmatan bas, pejabat komersial, pusat membeli belah, bangunan kesihatan, kampus pendidikan, taman rekreasi dan sebuah hotel.

Harga bagi kesemua rumah ini dijamin 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran. Sebelum kita meletakkan harga bagi setiap unit ini, kita akan mengkaji terlebih dahulu anggaran pendapatan kesemua pemohon agar kita dapat tentukan harga yang semua orang mampu milik. Malah saiz dan ukuran rumah berkenaan juga sama seperti pihak hartanah sediakan iaitu antara 850 kaki persegi dan 1,214 kaki persegi.

Setakat ini kira-kira 12,000 bakal pembeli telah mendaftar bagi rumah PR1MA di seluruh Negeri Sembilan dan hampir 8,000 untuk projek Seremban Sentral.

Sebanyak 700,000 pembeli yang berminat telah mendaftar di bawah Sistem Pendaftaran Nasional bagi seluruh negara.

Klik untuk Daftar Online PR1MA - Perumahan Rakyat 1Malaysia

Jus daun betik penawar demam denggi

Satu kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang diketuai oleh Dr. Soobitha Subenthran telah menemui bahawa jus daun betik dapat meningkatkan bilangan sel platlet darah di dalam pesakit demam denggi.

Kumpulan tersebut telah bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor bagi melakukan kajian klinikal ke atas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah.

Separuh dari pesakit tersebut telah diberikan 50 gram jus daun betik selama tiga hari berturut-turut.

Dalam masa yang sama, bacaan bilangan sel platlet darah pesakit-pesakit telah diambil selama dua hari.

Didapati bahawa pesakit yang menerima jus daun betik mempunyai kadar bilangan sel platlet yang lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak mengambilnya.

Penemuan ini amat penting kerana sehingga kini, kaedah rawatan demam denggi adalah hanya dengan kaedah pemindahan cecair atau darah.

Cupcake termahal di dunia berharga RM2864.70

Tahukah anda terdapat sebiji kek cawan yang telah dijual oleh sebuah kedai bakeri di Toronto, Kanada di mana harganya boleh membeli sebuah telefon pintar?

Kek cawan yang berharga RM2,864.70 telah ditempah oleh seorang pelanggan sempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-40.

Pencuci mulut comel ini diselaputi dengan hiasan dan bahan mewah seperti bir artisan dan serbuk berlian. Hidangan eksklusif ini turut menggunakan garam laut dari Carmargue di Perancis, kacang vanila Tahiti dan serbuk koko Valhrona.

Selain itu, kek cawan ini juga dihasilkan menggunakan mentega yang dibuat khas di Normandi dan dicampurkan dengan 70% coklat Itali yang dinamakan Amedei dan diperisakan dengan Jamaican Blue Mountain Coffee yang merupakan antara kopi terbaik di dunia.

Menurut Le Dolci, coklat Amedei mempunyai rasa madu, caramel, vanila, pisang dan oren.

Pemilik bakeri Lisa Sanguefolce memberitahu dirinya mahukan pelanggan berasa berbaloi dengan harga yang telah dibayar untuk memiliki kek cawan tersebut.

"Kek cawan itu diletakkan di dalam bekas buatan tangan yang boleh dimakan, dihiasi dengan mutiara serta ditabur dengan serbuk emas 24 karat.

"Selain itu, sebagai kemasan ianya juga diletakkan dahan emas lengkap dengan daun, bunga emas dan gula berlian yang boleh dimakan," ujarnya.

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor

Berikut Pemilihan Kategori Rumah Bagi Rumah Kos Rendah (RKR) / Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) / Rumah Komuniti Johor (PKJ A & PKJ B) / Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)



Syarat-syarat kelayakan permohonan

1.Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas.
2.Berkahwin / bujang layak memohon.
3.Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
4.Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
5.Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
6.Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
7.Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL
8.Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAH yang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
9.Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.

Untuk memohon, sila klik Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://erumah.johor.gov.my

3 cara bijak untuk simpan wang


Antara berjuta soalan mengenai hal-hal kewangan, tanpa diragui soalan yang paling popular ialah “Bagaimana Untuk Menyimpan Wang Saya?”. Berikut adalah 3 cara yang biasa dilakukan yang boleh membantu anda menyimpan jumlah wang yang besar apabila sampai waktu persaraan.

1) Mencarum Kepada EPF, JANGAN Keluarkan

Untuk warga Malaysia, EPF, tanpa diragui, adalah cara yang paling mudah untuk menyimpan wang anda. Termasuk caruman peribadi 11% anda, caruman mandatori 13% majikan anda (bagi pekerja-pekerja dengan pandapatan kurang daripada RM5,000 sebulan) menjadikan 24% jumlah keseluruhan daripada gaji bulanan anda disimpan di bawah nama anda setiap bulan.

Tambahan lagi, purata pulangan 5% setahun EPF adalah lebih tinggi berbanding mana-mana faedah deposit tetap dalam pasaran sekarang.

Tips: Pertama sekali, dapatkan pekerjaan di syarikat yang mencarum kepada EPF. Cuba simpan wang anda dalam akaun EPF anda selama yang boleh kerana tiada deposit-deposit bank yang lain dengan kadar faedah tinggi dalam pasaran. Jika boleh, JANGAN guna mana-mana sub akaun EPF anda untuk membayar rumah anda atau membeli sebuah komputer, supaya anda boleh mengambil kesempatan penuh terhadap kadar faedah tinggi EPF untuk memaksimakan pulangan anda.

2) Simpan Sedikit Wang Anda Dengan Cara Lama Yang Berkesan

Menyimpan wang anda memerlukan keazaman dan disiplin. Jika anda belum berbuat demikian, cuba simpan peratusan yang kecil dari gaji anda setiap akhir bulan dan simpan dalam akaun bank yang berlainan, sebaiknya yang tidak mempunyai kemudahan pengeluaran (contoh ATM).

Bila anda mempunyai jumlah yang sederhana, pindahkan wang tersebut ke akaun deposit berfaedah tinggi supaya ia boleh menjana faedah-faedah yang lebih tinggi lagi, dan pada masa yang sama menghalang anda daripada mengakses dana setiap kali anda ingin mendapatkan telefon mudah alih atau sepasang kasut baru.

Untuk mencari deposit-deposit tetap yang terbaik dalam pasaran sekarang, sila lihat jadual perbandingan deposit tetap kami.

Tips: Seperti banyak perkara lain dalam hidup, menyimpan ialah satu usaha yang sukar bagi kebanyakan orang terutama pada permulaannya. Untuk memudahkan anda dalam perjalanan menyimpan wang anda, anda mungkin mahu bermula dengan jumlah sederhana (contohnya 5-10% dari gaji anda) supaya ia tidak mempengaruhi aliran tunai anda hingga ke tahap di mana anda berputus asa sama sekali. Selepas satu tempoh masa, anda boleh cuba meningkatkan jumlah itu setelah tabiat menyimpan menjadi kebiasaan. Dan juga, bila sampai ke topik menyimpan, ia membantu untuk bermula dari usia muda supaya anda boleh mengaut keuntungan faedah kompaun dalam jangka masa panjang.

3) Guna Wang Anda Untuk Melabur Dalam Sesuatu

Jika anda mempunyai toleransi yang sederhana terhadap risiko, masih jauh dari umur persaraan dan mempunyai jumlah wang yang banyak dalam simpanan atau akaun deposit tetap, anda mungkin mahu mempertimbangkan tentang menggunakan sebahagian daripada wang anda untuk tujuan-tujuan pelaburan.

Syer, emas atau hartanah; pelaburan adalah cara yang baik untuk menyimpan LEBIH BANYAK wang kerana pulangannya lebih berpotensi berbanding, contohnya, menyimpan wang anda ke dalam bank. Namun keburukannya ialah pelaburan melibatkan RISIKO – risiko tiada prestasi daripada pelaburan-pelaburan anda, atau dalam kes-kes tertentu, risiko peruapan nilai pelaburan-pelaburan anda disebabkan keadaan pasaran yang teruk.

Tips: Tidak semua kategori pelaburan adalah sama, jadi anda dinasihatkan untuk membuat kaji selidik sebelum anda melibatkan diri dengan mana-mana pelaburan. Sebagai contoh: hartanah dianggap sebagai pelaburan berisiko sederhana; biasanya menikmati pertumbuhan yang konsisten tetapi juga mempunyai kecairan yang rendah (iaitu tidak mudah ditukar kepada tunai). Tapi syer pula dianggap sebagai pelaburan berisiko tinggi; ia mudah terpengaruhi oleh naik turun nilai disebabkan oleh pasaran yang tidak tetap, yang bermakna anda berpotensi untuk UNTUNG banyak atau RUGI banyak. Apa-apapun bentuk pelaburan yang anda pilih, ia adalah lebih baik untuk anda berusaha untuk belajar mengenainya sebelum memberi komitmen.

Rakyat Jepun buka Kilang Bayi di Thailand

Polis antarabangsa Interpol melancarkan satu siasatan berbilang negara melibatkan kes seorang ahli perniagaan Jepun berusia 24 tahun yang mempunyai 16 bayi menggunakan kaedah ibu tumpang dan berhasrat menjadi bapa kepada beratus-ratus bayi lain.

Pihak berkuasa Thailand menggelarkan kes tersebut sebagai siasatan 'Kilang bayi'.

Pada awal bulan ini, polis menggeledah sebuah kondominium awal dan menemui sembilan bayi bersama pengasuh masing-masing tinggal di beberapa buah bilik di kediaman itu.

Mereka kemudian mengenal pasti ahli perniagaan tersebut, Mitsutoki Shigeta sebagai bapa kepada sembilan bayi itu dan tujuh bayi lain.

"Apa yang saya boleh dedahkan setakat ini adalah saya belum pernah melihat kes seperti ini di Thailand," kata pengarah Interpol Thailand, Mejar Jeneral Apichart Suribunya kelmarin.

"Kami masih berusaha untuk memahami mengapa individu ini mahu begitu ramai anak," kata Apichart.


Menurutnya, pejabat serantau Interpol di Jepun, Kemboja, Hong Kong dan India telah diminta untuk menyiasat latar belakang Shigeta bermula minggu lalu.

Polis berkata, lelaki tersebut memiliki perniagaan dan apartmen berdaftar di negara-negara berkenaan dan kerap berkunjung ke sana.

"Kami sedang menyiasat dua motif. Satu adalah pemerdagangan manusia manakala satu lagi ialah eksploitasi kanak-kanak," kata ketua penyiasat kes tersebut di Thailand, Leftenan Jeneral Polis, Kokiat Wongvorachart.

Menurutnya, Shigeta membuat 41 lawatan ke Thailand sejak tahun 2010.

Dia juga beberapa kali mengunjungi jiran Thailand, Kemboja untuk membawa keluar empat anaknya.

"Setakat ini, Shigeta masih belum dikenakan sebarang dakwaan jenayah," ujarnya.

Lelaki itu kini berusaha untuk mendapatkan semula semua 12 bayinya di Thailand yang kini diletakkan di bawah jagaan beberapa rumah kebajikan.

Shigeta juga telah membuktikan bahawa dia ialah bapa kandung 12 bayi itu melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dihantar dari Jepun. - Agensi